Perancangan Jangka Panjang ICT

Visi
Memastikan warga sekolah berupaya menggunakan dan mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan tugas-tugas harian.

Misi
  • Memberi peluang kepada pelajar menggunakan teknologi yang sesuai dalam setiap aspek bagi meningkatkan mutu pengalaman.
  • Memberi pelaung pelajar mengembangkan potensi diri secara optimum untuk menghadapi cabaran masa depan.
  • Menyediakan tenaga kerja untuk keperluan ekonomi semasa dan masa depan.
  • Menyediakan masyarakat Malaysia yang sentiasa peka terhadap perkembangan dan pengatahuan tentang isu-isu semasa berkaitan ICT.
Matlamat
Mewujudkan persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi(ICT) bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan selaras dengan *Dasar ICT Kementerian Pendidikan Malaysia.

*(Rujukan :Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010,Bab 8,BPPDP,Kementerian Pendidikan Malaysia,Kuala Lumpur,2002).
Objektif
  • Meningkatkan pembangunan dan penggunaan infrastruktur ICT di sekolah.
  • Mengaplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah melalui penggunaan ICT.
  • Mewujudkan suasana learning organization di sekolah melalui program-program ICT.
  • Memantapkan pentadbiran dan pengurusan yang cekap,sistematik dan berkesan di sekolah.
  • Mewujudkan sistem pembangunan sumber manusia di sekolah untuk menangani cabaran dan keperluan perkembangan ICT dan K-ekonomi.
Kumpulan Sasaran
  • Kakitangan sekolah (Pentadbir,Guru dan Staf sokongan).
  • Murid-murid.
Strategi Perlaksanaan
  • Menubuhkan Jawatankuasa ICT sekolah untuk menggubal dasar ICT serta merancang dan memantau pelaksanaan aktiviti ICT sekolah.
  • Jawatankuasa kerja berikut perlu di tubuhkan pada awal musim persekolahan untuk melaksanakan aktiviti ICT yang di rancang.
  • Ketua jawatankuasa akan mengenal pasti ahli Jawatankuasanya sendiri.
Peraturan Dalam Perlaksanaan Aktiviti Sekolah
  • Aktiviti yang di jalankan hendaklah mematuhi peraturan,panduan dan etika berikut :-
    • Panduan keselamatan di Sekolah,
    • Panduan penggunaan peralatan infrastruktur Teknologi,
    • Etika penggunaan Internet dan
    • Peraturan penggunaan Makmal Komputer.