Peraturan Makmal Komputer

  1. Matlamat Mewujudkan Peraturan Makmal.
    • Memaksimumkan Penggunaan.
    • Meminimumkan risiko penyelewengan dan kerosakan.
    • Mewujudkan suasana yang selamat dan selesa untuk pengajaran dan pembelajaran.
  2. Peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna Makmal komputer.
    • Dilarang membawa beg,makanan atau minuman ke dalam Makmal.
    • Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam Makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.
    • Disket dari luar boleh dibawa masuk,tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu.
    • Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan penyelaras ICT.
    • Murid dilarang melaraskan pendingin hawa.
    • Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam Makmal.
    • Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam Makmal tanpa guru pengawas.
    • Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.
    • Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil,bau benda terbakar,bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan dengan segera kepada guru yang bertugas.Padamkan mana-mana suis yang perlu.
    • Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang bertugas.
    • Tidak dibenarkan membawa liquid paper.
    • Dilarang membuat bising di dalam Makmal.